"Farid VS Sol, Aedy VS Hafidz!" - Caprice Rancang Perlawanan Amal ‘Tinju Selebriti' Bela Nasib Wanita

VIRAL
March 09, 2023 - 06:13 PM


"Idea gila tapi confirm semua orang nak tengok!" Penyanyi rap, Caprice sekali lagi menjadi bualan netizein apabila dia bercadang untuk mengadakan satu pertandingan sukan tinju antara selebriti sambil beramal.

Katanya, hasil kutipan daripada pertandingan tersebut akan diserahkan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib para wanita.

Caprice menerusi satu hantaran video di Instgramnya semalam, turut mencadangkan beberapa nama selebriti lelaki yang bakal digandingkan sebagai rakan lawan dalam pertandingan tinju tersebut.

“Kalau anda nak tengok perlawanan ini jadi kenyataan, beritahu saya. Komen di bawah siapa yang akan menang.

“Duit hasil kutipan, untung yang dapat itu nanti, akan kita serahkan kepada mana-mana NGO yang memperjuangkan nasib wanita,” katanya.

Menurut Caprice, idea pertandingan itu tercetus apabila ramai yang meminta dirinya mengulas mengenai isu keganasan terhadap wanita yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan selebriti Malaysia.

Tanpa mengulas panjang, Caprice hanya mencadangkan pertandingn tinju diadakan untuk melihat sejauh mana kehebatan serta kekuatan seorang lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan cadangan tersebut temasuklah rakan sekebriti sendiri.

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video