"Allah Dah Angkat Satu Beban Dari Saya" - Shuhada Dan Hafidz Sah Bercerai

VIRAL
July 27, 2023 - 12:46 PM


Pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur setelah sah bercerai dengan Nurul Shuhada Mat Shukur di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pagi tadi.

Menurut Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dia menghormati keputusan yang diputuskan pihak mahkamah dengan hati yang terbuka.

@ohbulanofficial Replying to @K Sha WMCM Hafidz Roshdi Teruja?? 🤔🤔#ohbulan #news #fyp #hafidzroshdi ♬ original sound - OHBULAN!

“Saya bersyukur kes kami sudah selesai dengan baik yang mana saya hari ini sudah bercerai talak satu dan ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang menghormati privasi saya.

“Saya menghormati keputusan mahkamah dan semuanya selesai dengan cara baik serta tiada pergaduhan.

“Alhamdullillah saya lega perkara ini diselesaikan cara baik dan tiada pergaduhan. Saya juga menghormati keputusan hakim dan berpuas hati dan gembira dengan dengan keputusan hari ini ,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Sementara itu, Nurul Shuhada dalam linangan air mata turut bersyukur segala bebanan yang ditanggung selama ini sudah berakhir.

“Alhamdulillah, saya rasa seperti Allah sudah mengangkat satu beban dari hati saya.

“Saya akan lebih bersemangat bergelar ibu tunggal kerana tidak lagi bergantung kepada orang lain. Hanya diri sendiri dan Allah,” katanya.

Peguam mewakili Hafidz, Akberdin Abd Kadir berkata mahkamah hanya menerima satu lafaz cerai sahaja iaitu melalui panggilan telefon bertarikh 22 Februari tahun ini.

“Dakwaan sebelah pihak lagi yang mendakwa lafaz cerai menerusi Whatsapp pada 20 Januari, tidak diterima oleh mahkamah.

“Maka perceraian adalah talak satu bertarikh 22 Februari 2023,” tambahnya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan pengesahan lafaz cerai hari ini di hadapan Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin.

Sebelum ini, peguam syarie mewakili Hafidz iaitu Ummi Kartini Abd Latiff memaklumkan, terdapat lafaz cerai di luar mahkamah yang didakwa berlaku sebanyak dua kali.

Nurul Shuhada mendakwa suaminya ada melafazkan cerai melalui aplikasi WhatsApp pada 20 Januari.

Hafidz turut dilaporkan melafazkan cerai kepada Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing kali kedua 22 Februari lalu.

Sebelum ini, Shuhada memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka menjadi bualan ramai selepas mendakwa diganggu pihak ketiga.

Destination: