"Anak Shu Dah Tunggu Kat Syurga Dah" - Shuhada Kecewa Hafidz Tuduh Sengaja Gugurkan Kandungan

TERKINI
May 09, 2023 - 04:05 PM


Kita digemparkan dengan kenyataan dari Hafidz Roshdi kecewa apabila mengatakan Nurul Shuhada sengaja menggugurkan kandungan demi meneruskan fasa hidup baharu selepas bercerai.

Reaksi Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri bertegas dan dengan nada kecewa, tidak pernah berniat untuk menggugurkan kandungan sebaliknya kejadian tersebut berlaku di luar kehendaknya.

@xtra_my Replying to @deedonnizzaaa “Doakan Saya” - Nurul Shuhada #fyp #xtramy #hafidzroshdi #nurulshuhada #cerai #keguguran #kandungan #sembangentertainment #beritaditiktok ♬ original sound - XTRA

“Semua sudah maklum bahawa saya mengalami keguguran bukan sebaliknya seperti yang difitnah Hafidz.

“Sekarang kes ini dalam siasatan pihak berkuasa dan belum memberi sebarang kenyataan kepada pihak polis. Selepas pulang ke Perlis hari ini baru saya akan memberi kenyataan di Balai Polis Kangar,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini hari ini.

Tambah Shuhada, dua anaknya iaitu Humairah dan Umar juga sudah memberi nama kepada adik mereka iaitu Uwais.

“Kenapa Shu (saya) nak gugurkan, Shu yang mengandung, di dalam rahim Shu.

“Malah, anak-anak pun sudah bagi nama kepada bayi itu iaitu Uwais,” ujarnya menangkis kenyataan Hafidz.

Hafidz dalam pendedahannya kepada media mendakwa, ada dihubungi Shuhada memaklumkan hasrat mahu menggugurkan kandungan dan meminta kos pengguguran ditanggung sepenuhnya.

“Dia ada hubungi saya menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan tentang kehamilan dan ingin gugurkan kandungan.

“Dia ada maklumkan nak fokus dengan hidup baharu,’ kata Hafidz yang turut membuat dua laporan polis berhubung perbuatan Shuhada.

Semalam, Shuhada mengesahkan mengalami keguguran pada usia kandungannya 14 minggu iaitu pada hari raya keduq, 23 April lalu.

Reda dengan ketentuan Tuhan, Shuhada, 29, bagaimanapun menolak dakwaan menggugurkan kandungan tersebut kerana ingin bercerai dengan suami.

“Ya, saya alami keguguran ketika menunaikan solat subuh selepas mengalami pendarahan.

“Selepas mendapat nasihat daripada ahli keluarga saya dan peguam, saya berkongsi semua ini bagi menepis dakwaan melakukan pengguguran secara haram,” ujarnya.

Hari ini merupakan sebutan pengesahan lafaz cerai antara Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Bagaimanapun, sebutan pengesahan lafaz cerai tersebut ditangguh pada 20 Jun depan.

Destination: