Tak Tahan Diugut & Dikecam, Lelaki Maki Rider Buat Laporan Polis

TERKINI
September 28, 2022 - 12:19 PM


Minggu lepas, kecoh di kalangan netizen tentang seorang pelanggan lelaki yang bertindak biadap dengan memaki dan mengugut seorang rider penghantar makanan hanya kerana rider tersebut menghantar makananannya lambat.

@minyakhitamjalanan Tak salah pun.. Klu dah salah tu mintak maaf... Ni tak di marah nye aku.. Sampai boleh cakap dia blh buat aku hilang kjer... Yang.. Aku tak puas hati sgt.. Dia marah aku depan org ramai.. Itu je.. Ingt ride pun ade hati bro.. #kotadamansara🔥 #grabfood #minyakhitamjalanan #fypシ ♬ bunyi asal - minyakhitamjalanan

Akibat dari insiden itu, pelanggan tersebut terpaksa membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada orang tidak dikenali menerusi media sosial dalam kejadian pada Jumaat lepas.

Selain itu, abang rider tersebut digantung kerja akibat mendedahkan video tersebut kepada orang awam secara tidak langsung melanggar polisi syarikat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, laporan diterima daripada seorang lelaki berusia 27 tahun itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, semalam sekitar pukul 11.10 pagi.

“Ugutan diterima selepas satu video yang menunjukkan rakaman wajah mangsa berselisih faham dengan seorang penghantar makanan telah tular dalam aplikasi media sosial.

“Akibat daripada video yang tular tersebut, mangsa telah menerima pelbagai mesej berbaur ugutan daripada individu tidak dikenali melalui aplikasi media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

'; jQuery(str).insertAfter('.field-name-body p:eq(' + pCount + ')'); }); }); qg("event", "product_viewed", { "product_id":"8797", "article_title":"Tak Tahan Diugut & Dikecam, Lelaki Maki Rider Buat Laporan Polis", "category_name":"TERKINI", "destination":"Selangor", "article_writer":"ameerhzmn", "article_image_url":"https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/featured-images/2022/09/28/pelanggan-berselisih-faham.jpeg?itok=wUHv1y0m", "article_url":"https://rileklah.com/viral/tak-tahan-diugut-dikecam-lelaki-maki-rider-buat-laporan-polis" });

PENAFIAN

Rileklah.com merupakan sebuah portal santai yang memaparkan gaya hidup orang Malaysia. Sekiranya ada sebarang kandungan dianggap tidak sesuai pada pembaca, sila hubungi kami di [email protected]

Privacy Policy | Refunds Return Policy

PENGIKLANAN/PERTANYAAN

[email protected]

FOLLOW US

© 2024 rileklah.com All rights reserved. ACE MEDIA NETWORK SDN BHD (883993-K)