
Taktik Licik Para Pemandu Uber, GrabCar
VIRALGara-gara nak dapatkan pelanggan dengan cara mudah serta keuntungan yang berlipat ganda, pemandu Grab dan Uber kini didapati menggunakan taktik ‘licik’.
Menurut pemandu Grab yang namanya tidak mahu didedahkan ini, para pemandu akan memetikan aplikasi GrabCar untuk mendapatkan pelanggan serta mengenakan cas yang tinggi kepada penumpang.
“Ramai penumpang yang terpedaya dan ada antara mangsa diminta bayaran lebih dengan alasan kesesakan jalan raya dan sebagainya”, menurut pemandu tersebut dalam satu laporan oleh Utusan Online.
Alasan lain pemandu untuk mematikan aplikasi berkenaan juga ialah untuk mengelakkan daripada membayar fee yang dikenakan oleh Uber dan Grab kepada mereka iaitu sebanyak 25% daripada keseluruhan tambang.
Tak kurang juga ada pemandu yang sengaja menggunakan jalan yang lebih jauh bagi mengenakan tambang yang lebih mahal terhadap para penumpang.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian penguatkuasaan SPAD berkata, pihaknya telah menyedari wujudnya taktik berkenaan dan hal ini sebenarnya kerap berlaku di kawasan tumpuan.
Alahai driver Grab dan Uber ni pun, orang ramai dah berikan kepercayaan, nak ambil kesempatan pulak. Jangan sebab hal ini, Kedua-dua perkhidmatan ini diharamkan oleh kerajaan sudah….
Sumber : Utusan Online
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video