Wanita Maut Dirempuh Kereta Tanpa Pemandu Uber

VIRAL
March 20, 2018 - 02:17 PM


Seorang wanita di Arizona maut setelah kereta tanpa pemandu syarikat Uber melanggarnya pada 18 Mac lalu. Kejadian tersebut merupakan insiden pertama yang melibatkan kemalangan disebabkan oleh kereta tanpa pemandu.

Selepas kejadian berkenaan, dikatakan Uber telah menghantikan serta merta perkhidmatan kereta tanpa pemandu yang ditawarkan oleh mereka dan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

Walaupun tiada penumpang ketika kejadian, namun kenderaan tersebut disahkan oleh pihak polis dalam mod ‘autonomous’.

Ini merupakan insiden pertama sejak kenderaan tanpa pemandu terbabit diuji sejak 2017 dan mendapat sokongan penuh daripada penguatkuasa tempatan disebabkan kemudahan yang mampu diberikan serta teknologi inovasi yang juga dapat membantu warga emas dan orang kelainan upaya disana.

Kereta tanpa pemandu ini dibangunkan dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kematian disebabkan kenderaan bermotor, namun kejadian ini seakan memberikan satu cabaran baru kepada Uber dan beberapa syarikat lagi yang berkerjasama dalam projek ini.

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video