Taman Tema Outdoor Genting Buka Tahun Depan?

TERKINI
July 29, 2019 - 11:31 AM


Berita baik untuk rakyat Malaysia yang telah lama menunggu untuk pembukaan rasmi Taman Tema Outdoor Genting Highlands yang selama ini tertangguh akibat pertikaian beberapa pihak berkepentingan.

Akhirnya, Genting Malaysia berjaya memeterai perjanjian untuk menyelesaikan pertikaian dengan Twenty First Century Fox dan The Walt Disney Company di mana semua pihak bersetuju untuk menolak semua tuntutan dan tuntutan balas.

Ini bermakna taman tema terbuka itu dijangka boleh beroperasi lebih awal iaitu sekitar tahun depan!

Menurut Harian Metro, jika ia menjadi kenyataan Genting bakal menjadi taman tema pertama di Asia menggunakan hak intelek Twenty First Century Fox Inc.

Ketika ini taman tema tersebut dilihat hampir siap, malah sejak minggu lalu iklan pengambilan pekerja juga terpampang di beberapa akhbar tempatan.

Apabila taman tema terbuka itu beroperasi sepenuhnya, Genting dijangka mampu mencapai sasaran pelawat 30 juta setahun.

Wah, tak sabar nak tengok apa tarikan yang best di Taman Tema Outdoor Genting tu nanti kan? Sama-sama kita nantikan!