Tampil Tidak Bertudung, Elyana Kunci Mulut Demi Jaga Jiwa Sendiri Dari Netizen

TERKINI
August 09, 2022 - 06:33 PM


Penyanyi dan pelakon, Elyana membuat keputusan untuk tidak menjelaskan lebih lanjut kepada umum tentang keputusannya untuk tidak lagi memakai hijab.

“Saya sudah fikir semasak-masaknya. Inilah saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan selama ini. Jika anda masih lagi mahu mendoakan saya, saya harap doa yang baik itu berbalik kepada anda.

“Baik buruknya, saya yang akan tanggung. Jika anda boleh terima diri saya, Alhamdulillah. Jika tak boleh, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana inilah saya,” 

Elyana sebelum ini menerima kecaman dan tohmahan netizen selepas sekeping fotonya tidak berhijab tular di media sosial.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka (netizen) tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itu macam-macam cerita tidak masuk akal yang akan timbul.

“Jadi, demi menjaga tatasusila, jiwa, persekitaran saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang langsung tidak mahu memahami,” 

Pada masa yang sama, Elyana juga memberitahu dia sudah penat menjaga hati orang lain dan kini akan lebih fokus terhadap perasaan dan jiwa sendiri.

“Dalam hidup saya tidak pernah rasa penyesalan. Cuma apa yang boleh saya katakan, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa saya.

“Sebelum ini saya hanya mementingkan jiwa dan hati orang sehinggakan saya terlupa tentang diri saya. Jadi, sekarang ini saya akan buat apa yang saya terfikir nak buat,”