"Tanda Hadir!" - Aksi Lelaki Join Semua Perhimpunan Parti Politik Demi Baju Percuma, Buat Netizen Berdekah

TERKINI
November 09, 2022 - 12:43 PM


Bahang PRU-15 semakin dirasai. Kesemua parti politik sedang rancak berkempen demi meraih undi rakyat nanti. Macam biasa, rakyat Malaysia pasti memeriahkan suasana.

Viral di platform TikTok, seorang lelaki posing dengan selamba di setiap perhimpunan parti politik sempena hari penamaan calon yang disertainya!

@apeh_88 Kredit: FB Nur Hadi Muhammad #fyp #fypシ #foryou ♬ son original - hichamcherif198

Berdasarkan video yang dimuatnaik, jelas lelaki tersebut menggayakan pelbagai tshirt dari pelbagai parti politik yang bakal bertanding sempena PRU-15.

Ada netizen mendakwa kenal akan lelaki tersebut. Dia menyertai perhimpunan kesemua parti politik itu demi mengumpul tshirt percuma. PRU pun bukan tiap-tiap tahun ya dak? Benda percuma kita ambil. Undi tetap rahsia!

Jangan lupa turun mengundi!

Destination: