"Tengah Makan Aiskrim Kot" - Tuan Rumah Bengang Pelajar Buat Maksiat Depan Rumah

TERKINI
October 09, 2023 - 12:15 PM


Sebagai seorang muslimin dan muslimat, sudah menajdi tanggunjawab kita untuk menghindari dari perbuatan maksiat. 

Definisi maksiat adalah perbuatan mengingkari perintah yang ditetapkan oleh Allah SWT.  Pentingnya untuk menghindari maksiat ia bukan sahaja mengundang dosa dan kemurkaan Allah SWT, tetapi juga memberikan banyak kesan mudarat kepada diri dan kehidupan.

Baru-baru ini viral di platform TikTok, seorang lelaki yang memuatnaik satu video yang memaparkan sepasang kekasih sedang "bermesra" di hadapan rumahnya.

@nuaralkhattab Kurang ajaq buat maksiat dpn rumah Aku.. #HaramJadah #tiktokmalaysia #nuaralkhattab #Derhaka #malaysiatiktok #cegah #cegahmaksiat ♬ original sound - Nuar Al Khattab

Setelah lama membuat pemerhatian terhadap pasangan tersebut, lelaki itu nekad untuk menerjah dan menegur perbuatan pasangan tersebut yang juga dipercayai pelajar universiti di kawasan terdekat.

Tuan rumah itu mempersoal apa yang sedang mereka lalukan. Dia menegur pasangan itu kerana tindak tanduk mereka itu mencemar keharmonian kawasan setempat.

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan tindakan tuan rumah dan tindakannya itu wajar dijadikan teladan supaya dapat menghalang dari berlakunya zina di kawasan tempat tinggal.

Destination: