Tercampak Masa Berpusing, Netizen Seriau Lihat Insiden Fun Fair Puncak Alam

TERKINI
December 13, 2022 - 10:43 AM


Melihat suasana meriah dan penuh dengan ride yang menarik pasti membuatkan kita tertarik untuk berkungjung fun fair yang ada di jalanan. Namun, kita sering tidak menitikkan faktor keselamatan dan penyelenggaraan dari pihak penganjur.

Semalam, dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan ‘fun fair’ di Eco Grandeur, Puncak Alam, di sini, malam tadi

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ramli Kasa berkata pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan telefon mengenai insiden tersebut kira-kira jam 8.50 malam.

“Ketiga-tiga mereka terjatuh dari permainan ‘Sotong Ride’ ketika sedang bergerak. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.

Destination: