"Terpaling Extreme" - Klip Video Kanak-kanak Berpelukan Main Flying Fox Buat Netizen Marah

TERKINI
November 14, 2022 - 06:04 PM


Baru je viral di pelbagai platform media sosial di mana satu video memaparkan seorang wanita bermain flying fox sambil memegang anaknya mendapat pelbagai reaksi dari netizen bahkan juga pihak polis.

Tak cukup dengan itu, kini viral pula satu rakaman video di mana kelihatan dua orang kanak-kanak kecil berpelukan bermain flying fox. Netizen mendakwa ia dibenarkan oleh pihak penganjur yang sama di Kuala Kubu Baru

Jelas pada awal video itu, seorang petugas ‘melepaskan’ dua kanak-kanak tersebut. Faktor keselamatan pengguna juga kelihatan diambik mudah kerana hanya seorang sahaja kanak-kanak yang memakai helmet keselamatan biarpun helmet tersebut tidak sesuai dengan saiz kepalanya.

Selain itu, kanak-kanak tersebut juga memegang sebuah kamera demi merakam momen mereka bermain flying fox. Netizen berpendapat agar pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan dan tindakan tegas diambil terehadap pihak penganjur kerana tidak menitik beratkan faktor keselamatan.

Destination: