"Test Drive Dulu!" - Warga Sarawak Teruja Lihat Trem ART Terbaharu

TERKINI
August 24, 2023 - 05:47 PM


Wah! ART dah mula berjalan lah! Pada awal bulan Ogos lalu, Ketua Menteri Sarawak, Premier Abang Johari Openg mengumumkan Trem pintar Autonomous Rapid Transit (ART) telah pun tiba di Sarawak dari China ke Pelabuhan Senari.

Semalam tular satu video yang memaparkan satu cuba telah diadakan di Kuching Isthmus bagi mengenal pasti sebarang masalah sebelum prototaip trem tiga gerabak berkuasa hidrogen yang dinamakan ‘Bulan’ itu dibawa untuk latihan di Kota Samarahan.

@tpmyh ART Sarawak #publictransport #sarawak #kuching #art #fyp ♬ original sound - ThisProfileMakesYouHappy

Rata-rata penduduk Sarawak gembira akan kehadiran trem tersebut sekaligus dapat menambahbaik struktur pengangkutan awam di negeri tersebut pada masa akan datang.

Dalam pada itu orang ramai turut berharap kerajaan Sarawak dapat mempelbagaikan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan Monorel yang ada di sekitar bandar Lembah Klang.

 

Destination: