
Tiada Kompromi! Kompaun Maksimum Dikenakan, Kereta Akan Ditunda Di KLIA.
VIRALPihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas ke atas pesalah atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan yang sering kita lihat di KLIA iaitu meletakkan kenderaan di bahu jalan, kawasan dilarang parkir atau parkir di kawasan yang tidak dibenarkan.
Tindakan ini termasuklah saman, penundaan dan nilai kompaun maksimum yang akan dilaksanakan pada bulan ini.
Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Assisten Komisioner Zulkifli Adamshah, tindakan ‘towing’ akan dilakasanakan dan ia mendapat kerjasama sepenuhnya pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
.gif)
Pemilik kenderaan dinasihatkan supaya tidak meninggalkan kenderaan sesuka hati untuk mengelakkan kenderaan tersebut ditunda. Selain itu, pengguna yang menggunakan laluan ke KLIA juga diminta untuk mematuhi peraturan yang diarahkan.
Katanya lagi, pihak MAHB ada menyediakan parkir khas untuk menunggu namun ramai yang tidak menggunakannya dan ia menjadi masalah kepada pihak PDRM dan akan menjejaskan lalu lintas.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video