Tiada Lagi Mesin ATM Selepas Sedekad Kelak

VIRAL
December 04, 2017 - 02:18 PM


MESIN juruwang automatik atau ATM bakal hilang dalam tempoh 10 tahun lagi. Amaran itu dikeluarkan John Howells, ‘orang kuat’ firma antarabangsa Link.

Beliau percaya urus niaga wang kertas akan berdepan kemerosotan ketara kerana orang ramai kini bertukar kepada transaksi mudah alih dan tabiat beli-belah secara dalam talian.

Malah, Howells percaya kemerosotan tersebut akan menjadikan perkhidmatan ATM tidak menguntungkan dan memaksa penggunaannya dihentikan.

Sebaliknya pengguna perlu mengeluarkan wang dari rangkaian kedai runcit terpilih sekali gus menjadikan lokasi tersebut sebagai sasaran penjenayah.

“Dalam masa lima hingga 10 tahun, akan tiba satu peringkat di mana tiada lagi ATM. Kita memerlukan cara lain untuk pengguna mengeluarkan wang mereka dan satu-satunya adalah melalui kedai runcit,” katanya.

Penamatan penggunaan mesin itu turut menimbulkan masalah di mana pengguna perlu memandu jauh untuk mengeluarkan wang memandangkan perniagaan kecil-kecilan tidak menerima kad kredit.

Amaran itu juga dikeluarkan memandangkan banyak bank menutup cawangannya di kawasan bandar dan juga kampung kerana mereka tidak mendapat keuntungan.

Ini menyebabkan pengguna hanya bergantung dengan ATM semata-mata. Link yang mengendalikan 70,000 mesin di United Kingdom (UK) merancangkan untuk mengurangkan bayaran sebanyak 20 peratus.

Namun ia menimbulkan kebimbangan pengguna di kawasan bandar dan kampung bakal kehilangan perkhidmatan mesin ATM secara percuma.

Namun Howells memberi jaminan akan mengekalkan perkhidmatan mesin ATM secara percuma selagi yang boleh walaupun mereka membelanjakan sekitar 30,000 pound sterling untuk mengendalikannya. – mStar Online

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video