"Tidak Ada Bola Sepak Seharga Nyawa Manusia" - Tragedi Berdarah Kanjuruhan Meragut 127 Nyawa
TERKINIRusuhan penyokong yang berlaku antara Arema FC dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang menyaksikan 127 orang terkorban dan 180 lagi cedera.
Masih serbuan Aremania usai Arema kalah dari Persebaya di Kanjuruhan Malam Minggu ini. Dipukul dong :)pic.twitter.com/EkwlX6zDB7
— Median Sport (@mediansportcom) October 1, 2022
Perkara itu disahkan Ketua polis Indonesia di wilayah Jawa Timur berkata insiden tersebut berlaku selepas penonton merempuh masuk ke dalam padang ketika kekecohan penyokong yang berlaku selepas perlawanan berkenaan.
Penembakan gas air mata salah satu penyebab puluhan jiwa tewas di stadion kanjuruhan. STOP KOMPETISI ATAS DASAR KEMANUSIAAN! Cc @jokowi @Kiyai_MarufAmin pic.twitter.com/O5kgtSbgK7
— Instagram @akmalmarhali20 (@akmalmarhali) October 1, 2022
Penyokong kelab Arema yang tumpas dalam perlawanan itu masuk ke dalam padang dan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata sekali gus mengakibatkan lebih ramai penonton merempuh masuk dan berlakunya kes sesak nafas, kata Nico Afinta kepada wartawan.
— Fernando gembreng (@mahkotabc) October 2, 2022
Insiden itu juga menyaksikan Liga bola sepak utama Indonesia, Liga 1 BRI digantung selama seminggu.
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berkata, mereka akan memulakan siasatan dengan apa yang berlaku selepas perlawanan berkenaan.