Pintu Keluar Terkunci Antara Tiga Punca Utama Tragedi Stadium Kanjuruhan!

TERKINI
October 06, 2022 - 04:12 PM


Tragedi 1 Oktober di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur dikenal pasti berpunca daripada pintu keluar terkunci, kata Presiden Indonesia Joko Widodo.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata, tinjauannya di stadium pada Khamis mendapati tangga ke pintu keluar juga terlalu curam dan ditambah dengan penyokong yang panik.

Setakat ini angka yang terkorban adalah seramai 130 orang termasuk wanita dan juga kanak-kanak. Perubahan angka rasmi mangsa meninggal dunia ini menjadikan tragedi rempuhan Stadium Kanjuruhan sebagai insiden kedua paling ramai korban dalam perlawanan sukan bola sepak dunia

Tragedi itu berlaku selepas pasukan Arema FC tewas, mencetuskan kemarahan penyokongnya yang memasuki padang untuk bersemuka dengan pemain dan pegawai pasukan itu selepas perlawanan tamat.

Keadaan tegang memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata yang menyebabkan ribuan penyokong berasak-asak untuk keluar stadium melalui beberapa pintu sehingga berlaku rempuhan.

Destination: