Tiket Habis Terjual Dalam Masa Dua Hari, Konsert BLACKPINK Dilanjutkan Satu Hari Lagi!

TERKINI
December 18, 2018 - 11:36 AM


Nampaknya, demam K-Pop kembali melanda negara kita. Baru-baru ini kecoh dengan gelagat ARMY iaitu peminat kumpulan BTS, kali ini giliran BLINKS pula! BLINKS, nama jolokan untuk peminat BLACKPINK nampaknya mampu tersenyum apabila konsert yang dijadualkan pada Februari nanti akan ditambah satu hari lagi.

Penjualan tiket Blackpink 2019 World Tour [ In Your Area] Kuala Lumpur yang dilancarkan pada 12 Disember lalu mendapat sambutan sangat luar biasa apabila habis dalam masa dua hari! Atas sambutan yang menggila ini, ada yang mengambil kesempatan menjual semula tiket berkenaan dengan harga RM11 ribu!

Tapi, korang semua tak perlu nak bayar sampai RM11 ribu! Sebabnya, pihak penganjur konsert berkenaan iaitu MacpiePro membuat keputusan untuk menganjurkan lagi satu konsert Blackpink 2019 World [In Your Area] Kuala Lumpur pada 24 Februari 2019. , sehari selepas konsert pertama. Konsert ini dijadualkan bermula jam 6 petang di Stadium Malawati, Shah Alam.

Untuk konsert kedua, harga tiket ditetapkan pada harga yang sama iaitu RM273 (zon biru), RM373 (zon hijau), RM483 (zon ungu), RM573 (zon kuning), RM 673 (zon merah) dan RM693 (zon BLINK).

Jualan tiket akan diadakan secara ‘offline’ selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember 2018 pada 12 tengah hari di pusat beli belah Atria Shopping Gallery, MCalls NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall JB, Mcalls MMall Pulau Pinang dan booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4).

Jualan atas talian pula akan dibuka di laman web rasmi MacpiePro pada 31 Disember 2018, tepat jam 12 tengah hari!

Beli Tiket Blackpink 2019 World Tour Kuala Lumpur Secara Online Di Sini. ]