Sedia Untuk Konsert BTS Di Malaysia!

TERKINI
December 18, 2018 - 12:48 PM


Kelab peminat atau peminat biasa adalah tulang belakang kejayaan sesuatu kumpulan atau artis. Di mana-mana sekalipun, akan wujud kelab peminat, sama ada rasmi atau yang tak rasmi.

Berita baik buat ARMY, atau peminat setia kumpulan K-Pop BTS! Boss Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan kehadiran BTS ke Malaysia tak lama lagi melalui satu posting di laman Instagram nya, @tonyfernandes.

“BTS coming soon to @stadiummalaysia_official” – Ringkas sahaja ‘hint’ yang diberikan oleh Tony, namun selepas apa yang dilakukannya sebelum ini untuk Ekor Harimau Malaya, kami yakin, Tony mampu jadikan konsert BTS di Malaysia ini satu kenyataan.

Apa-apa pun, belum ada pengumuman rasmi atau kenyataan lengkap berkenaan konsert BTS di Malaysia ni. Jadi, ARMY-ARMY semua, siap sedialah kumpul duit dari sekarang untuk beli tiket Konsert BTS di Malaysia kalau jadi nanti.

Sebelum tu, jom layan salah satu lagu dari BTS ni :