Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali : 7 Sebab Utama Pakar Geologi Sifatkan Tapak Perkhemahan Sebagai Tidak Ideal Diduduki
TERKINI"Kedudukan tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali disifatkan sebagai tidak ideal untuk diduduki".
Itu pandangan Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nor Shahidah Mohd Nazer selepas mengambil kira tujuh daripada faktor cerun di tapak perkhemahan itu sendiri.
1) Apabila struktur penahan cerun tidak sesuai dengan konteks muka bumi, ia akan menyebabkan sebahagian besar kejadian tanah runtuh berlaku di Malaysia -- atas sebab itu juga kebanyakan cerun di tepi jalan, lereng bukit perlu berada jauh dari kediaman penduduk.
2) Kegagalan penahan cerun kali ini agak ekstrem dan ia bukan dijana oleh apa yang kita panggil sebagai ‘kepala air’ dan saya tak nampak evidence (bukti) disebabkan kepala air.
3) Crown tanah runtuh itu sendiri menunjukkan rekahan sebenarnya telah wujud lama dan apabila keadaan tanah itu tak stabil ia turun dalam satu gesaan yang orang kata luruan yang cepat.
4) Kedudukan tapak perkemahan yang berada di bawah mendedahkan risiko besar terutama jika tanah mempunyai kandungan air yang sangat tinggi kerana pergerakan tanah boleh berlaku.
5) Mungkin rekahan cerun telah mula kelihatan di bahagian puncak yang kita panggil sebagai ‘rekahan tensi’ dan ini mungkin menandakan cerun bergerak perlahan atau berlaku rayapan di dalam cerun.
6) Apabila air hujan menyusur ke dalam cerun, ia duduk di bawah butiran tanah. Kalau tanah merah, ia tinggi dengan kandungan lodak dan beberapa komposisi pasir dan lempung yang jauh lebih halus.
7) Ia membenarkan penyerapan tanah secara besar-besaran di dalam tanah dan menyimpan pula air sekaligus menyebabkan keadaan cerun itu semakin lemah seterusnya menyebabkan tanah runtuh.