
Trump Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Israel Walau Ditentang Pelbagai Pihak
VIRALDonald Trump sekali lagi dikritik dunia atas tindakan beliau semalam. Presiden Amerika Syarikat itu telah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Ini secara tidak langsung mencetuskan kemarahan bukan sahaja pemimpin dan rakyat Palestin tetapi juga seluruh dunia.
Beberapa pemimpin Palestin di Tebing Barat deibelenggu kemarahan selepas ucapan Trump dan memberikan maklum balas yang negatif. Mereka mengisytihar bahawa AS tidak lagi layak menjadi orang tengah dalam rundingan damai di Asia Barat.
Menurut Ketua Setiausaha Pertubuhan Pembebasan Palestin, Saeb Erakat berkata Trump memusnahkan penyelesaian dua negara dan mengatakan tindakan Presiden itu hanya mengukuhkan kumpulan pelampau di rantau ini.
Sumber : BH Online
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video