
Unik! Taman Tema Berkonsep Agro Pelancongan Bakal Dibuka Di Setiu, Terengganu
VIRALSebuah taman tema berkonsepkan agro pelancongan bakal dibina di Setiu, Terengganu, awal tahun depan.
Taman tema itu yang akan dibina di atas tanah berkeluasan 4.46 hektar berdekatan Peladang Setiu Agro Resort di Guntung, bakal dikelilingi keindahan alam semulajadi yang menjadikan ia berbeza daripada taman tema lainnya.

Pengurus Besar Peladang Setiu Agro Resort, Ahmad Sanusi Ibrahim berkata projek pembinaan taman tema yang dijangka menelan kos lebih RM4 juta itu mengambil masa kira-kira setahun untuk siap sepenuhnya.
Cadangan pembinaanya telah pun mendapat kelulusan dasar daripada kerajaan negeri pada November tahun lalu dan kini dalam proses menghantar pelan pembangunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Dengan adanya taman tema itu nanti, pelancong bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak di taman tema, malah dapat melakukan aktiviti seperti water rafting, jungle tracking, flying fox dan sebagainya yang turut ditawarkan di resort berkenaan.
Sumber: Bernama
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video