
Video Anak Kembar Eina Azman Makan Petai Macam Kacang Buat Ramai Teruja
VIRALIngatkan orang dewasa sahaja yang gilakan petai! Rupa-rupanya budak kecil pun sama. Comel betul tengok anak Eina Azman kunyah petai.
Dah macam makan kacang sahaja gayanya.
Video yang dimuat naik di Instagram itu menjadi perhatian netizen, yang kebanyakannya teruja melihat telatah Karl Kareef kunyah ulam kegemaran ramai orang itu.
Dalam rakaman tersebut, Eina letak semangkuk petai di depan Karl, dan ternyata dia memang benar-benar sukakannya.
"You really love petai eh?" kata Eina yang sememangnya seorang yang amat menggemari petai.
Walau bagaimanapun ada juga pengikut yang memberi nasihat kepada pelakon ini agar berhati-hati kerana katanya petai adalah tidak baik untuk perut kanak-kanak sekecil itu.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video