[Video] Ejek dan Permainkan Warga Emas Minta RM1, Lelaki Ini Dikecam Netizen!

TERKINI
February 13, 2019 - 03:06 PM


Tindakan seorang lelaki yang memuatnaik videonya yang dikatakan mengejek warga emas minta sekedah nampaknya mengundang padah apabila lelaki ini dikecam hebat oleh netizen.

Berdasarkan rakaman video, lelaki itu merakam wajah seorang warga emas yang membuat isyarat mahu meminta sedikit wang daripadanya untuk makan. 

Dia bukan sahaja tidak mahu memberikan wang malah berpura-pura menangis dan mempersendakan warga emas berkenaan.

"Saya pun belum makan lagi, saya pun lapar belum makan," katanya sambil berlakon seolah-olah mengesat air mata.

Lelaki itu kemudian bertanya kembali kepada warga emas itu.

"Uncle mahu berapa ringgit?" soalnya.

"Dua ringgit," jawab warga emas itu ringkas.

"Tadi satu ringgit, sekarang mau dua ringgit," sekali lagi warga emas itu dipersendakan, namun wang tidak juga diberikan.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok itu tersebar meluas di Facebook sekaligus menerima kecaman orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu sangat biadap.