[VIDEO] Kapal Kargo Terbalik, Bawa 9 Anak Kapal Dikhuatiri Lemas

TERKINI
July 21, 2023 - 05:09 PM


Sebuah kapal kargo yang karam dan terbalik berdekatan Pulau Burung, di sini telah dikenal pasti membawa sembilan anak kapal yang dikhuatiri lemas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mendedahkan, empat daripada mangsa merupakan warga tempatan manakala selebihnya merupakan pekerja warga asing.

“Kesemua mereka (krew) seramai sembilan orang, empat warga Malaysia, empat orang warga Myanmar dan seorang warga Indonesia.

@rassidin

kapal karam peairan plau burong serawak....

♬ original sound - cempedak kicap.92.

“Pihak bomba telab menerima laporan berhubung insiden berkenaan kira-kira pukul 2 petang tadi, sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan ke lokasi jeti feri Batang Lupar,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus, berkata operasi mengesan kesemua mangsa kini sedang giat dijalankan.

“Kapal KM Kota Kinabalu kini di lokasi kejadian namun tiada mangsa ditemui setakat jam 3.20 petang.

“Selain itu antara aset yang telah dikerahkan ke lokasi kejadian ialah jenis kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), bot Kilat 35 dan aset udara AS355N Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia,” jelasnya.

Difahamkan, insiden terbabit berlaku susulan cuaca ribut beserta dengan angin dan hujan kuat sehingga menyebabkan kapal kargo terbabit terbalik di lokasi kejadian

Destination: