[Video] Tonton Trailer Filem Munafik 2, Memang Tak Sabar Nak Pegi Tengok

TERKINI
July 26, 2018 - 01:52 PM


Selepas kejayaan filem bergenre seram, Munafik pada tahun 2016, kesinambungan filem ini dapat ditonton dalam Munafik 2 pulak. Di khabarkan, Munafik 2 bakal menemui penonton pada 30 Ogos ini di pawagam seluruh Malaysia.

Menurut Syamsul Yusof, file mini bukan filem seram yang biasa kerana kelainan yang ingin dibawanya ialah dengan memasukkan elemen dakwah dan juga islamik.

Baru-baru ini, trailer Munafik 2 telah dikongsikan di laman Facebook. Kurang dari 24 jam dikongsi di laman sosial, trailer pertama berdurasi hampir dua minit itu mendapat reaksi positif daripada netizen.

Menelan belanja sebanyak RM2.8 juta, filem ini akan menampilkan Syamsul Yusof sebagai pengarah dan pelakon utama disamping barisan pelakon handalan seperti Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Mawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

Munafik 2 akan ditayangkan di 130 panggung seluruh Malaysia, filem ke-10 arahan Syamsul ini akan turut ditayangkan di Indonesia selain tayangan serentak di Singapura dan Brunei.

 

Nak tahu seram ke tidak, kita kena tunggu 30 Ogos nanti ye!