Bukan Setakat Filem Tak Boleh Download Lagu Pun Tak Boleh!
TERKINIIsu panas tentang kes saman RM100K dari Skop Production berkenaan penyebar filem munafik secara haram boleh dijadikan tauladan buat mereka yanga ktif berkongsi filem di media sosial. Hukuman yang boleh dikatakan agak berat buat orang kebanyakkan orang itu mula membuka mata akan kesalahan ini.
Namun bukan itu yang kami hendak sampaikan. Yang berlalu biarkan berlalu. Hidup perlu diteruskan.
Tahukan anda bukan sahaja filem tak dibenarkan untuk download, lagi-lagi kalau guna torrent. Memang sampai surat samanlah kat rumah korang. Lagu juga diharamkan download sebenarnya. Tapi itu di Jerman lah. Hahah. Di Malaysia undang-undang masih boleh dikatakan agak longgar.
Kat Jerman, tak ada orang berani download movie apatah lagi nak share link movie ni pada orang ramai. Nak download lagu pun tak berani weh.
Diorang boleh check melalui ip address siapa yang download apa. Mereka juga boleh korek detail kita dari ISP (Internet Service Provider - macam Unifi/Maxis) di sana seperti Telekom, Vodafone dan sebagainya.
Jadi lepas kau download sahaja terutamanya orang yang selalu download guna torrent ni maka tunggulah surat saman akan sampai.
Bukan sahaja movie atau lagu, apa sahaja benda yang ada hakcipta (copyright material) seperti buku atau game pun kau boleh disaman.
Saman adalah diantara €800 - €1,000 untuk setiap bahan yang anda download.
Fuhhh.
Undang-undang Jerman menetapkan yang sebarang aktiviti p2p seperti torrent adalah haram. Yang tak haram adalah servis streaming seperti Netflix, Amazon Prime, Spotify, Youtube dan sebagainya.
Di Youtube pun, kalau kita nak dengar lagu-lagu melayu yang orang dok upload (langgar hakcipta sebab bukan hak dia) pun tak dapat nak tengok kat Jerman. Diorang blocked.
Berbalik kepada isu download tadi, kalau setakat download tengok sorang-sorang diam-diam risiko tak besar sangat. Tapi bila kau download melalui torrent (secara tak langsung kau share sekali) maka risiko besar.
Apatah lagi kau dah download lepas tu kau upload dan share pada public dan kau proud pulak tu. Memang nahas lah.
Memang cari nahas.
Lagi satu, di Jerman ni bila kena saman bukan kau sahaja. Pemilik internet pun kena. Contohnya kau pergi rumah kawan dan download movie atau lagu guna wifi rumah dia, bila kau kena saman dengan dia sekali pun kena. Bersubahat beb.
Di sini kau bebas.
Undang-undang ada kau lawan.
Tuan punya konten suruh turunkan link, jangan share, kau cabar balik, kau dabik dada, kau cakap besar.
Bila dah kena RM100k, telur naik ke halkum
-Khairul Abdullah