[VIDEO] Viral Peti Ais Terpelanting Dari Trak Pikap Dipandu Laju Di Highway!

TERKINI
March 10, 2023 - 03:40 PM


Sejak semalam tular satu video menunjukkan sebuah peti ais terjatuh dari trak pikap di lebuh raya RnR Rawang arah Selatan.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsi orang awam -- sebuah kenderaan pacuan empat roda dilihat memandu dengan sangat laju di lorong kanan sambil membawa sebuah peti ais di ruang kargo terbuka.

Namun secara tiba-tiba peti ais yang dibawanya terjatuh dan bersepai di atas lebuh raya, sehingga menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa mengelak serpihan barangan elektrik itu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan sebelum kawasan Rehat dan Rawat Rawang arah selatan.

@reginaandrea11

check out bakul

♬ PAINTING PICTURES - Superstar Pride

Dalam rakaman itu juga, dapat dilihat sebuah bas sedang mengelak serpihan peti ais yang berkecai namun tidak diketahui sama ada pemandu bas itu berjaya mengelak atau tidak.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan kebimbangan atas kecuaian pemandu berkenaan kerana menurut mereka ia amat membahayakan nyawa pengguna lain.

“Bayangkanlah. Bas tengah laju. Belakang bas laju. Bas break, belakang tak sempat break. Tak pasal aniaya. Manusia cuai mengakibatkan bahaya kat orang lain,” tulis pengguna TikTok.

“Aku pernah kena macam ni. Barang jatuh dari Hilux. Nak ke kiri, kanan tak boleh. sudahnya aku sapu jelah. Nasib kereta Viva tak ada apa-apa,” tulis pula pengguna lain.

@rayyan_faliq36 Replying to @mamamama._peahh Itulah...naseb kereta belakang dapat elak😩...#fypp #fypシ゚viral #fypage #petiaisjatuh #rawang #4x4 #semogadipermudahkansegalanya ♬ Breaking News Background Music (Basic A)(1001538) - LEOPARD

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: