
Viral Hantu Raya Berkeliaran Cari Tuan Baru Di Kampung Gajah Perak
VIRALViral Hantu Raya Berkeliaran Cari Tuan Baru Di Kampung Gajah Perak. Mula-mula bila baca tajuk kami ingatkan filem baru Mamat Khalid. Rupanya isu ni kecoh di media sosial yang dikatakan penduduk kampung gajah diganggu oleh lembaga mirp hantu raya.
Tatkala malam tiba, mereka mula mengunci pintu rumah, tidak berani keluar malam malah ada yang tidur dalam keadaan serba ketakutan.
Ia disebabkan terdapat satu perkara ganjil di kampung mereka yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila pintu rumah diketuk tengah malam.
"Tuk... tukkk... tukkkk" bunyi pintu seolah-olah ada orang dalam kecemasan memerlukan bantuan mengetuk pintu rumah.
Malang sekali apabila tuan rumah membuka pintu, tidak menemui sesiapa.
Kejadian yang berlaku itu menyebabkan penduduk kecoh membicarakannya kerana ingin mengetahui siapakah nyang mengetuk pintu rumah mereka di malam hari?
Akhirnya, timbullah cerita dua ekor Hantu Raya tidak bertuan sedang mencari peneman selepas pemilik asal melepaskan mereka.
Lebih memeranjatkan apabila nama seorang penduduk kampung iaitu Pak Jago dikatakan menjadi punca kerana telah merelakan dirinya untuk membela salah satu daripada dua Hantu Raya tidak bertuan itu.
Bagaimanpun misteri ketukan pintu tanpa salam itu akhirnya terjawab apabila Ketua Kampung Sungai Galah, Yahaya Ahmad mengesahkan kejadian misteri itu didalangi seorang individu dipercayai seorang bomoh daripada kawasan lain yang sengaja menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk setempat.
Keadaan bertambah buruk apabila bomoh yang sama menuduh Pak Jago telah mengambil salah satu makhluk tersebut sehingga Pak Jago dibenci penduduk tempatan.
"Kononnya ada orang ketuk pintu itu tidak wujud pun... Semuanya rekaan individu (bomoh) itu bagi menakutkan penduduk kampung dan menimbulkan kekecohan.

"Sampaikan Pak Jago yang tidak bersalah itu pun dituduh mengambil makhluk halus untuk dibela walhal dia tidak mengetahui apa-apa pun sehingga dipandang serong oleh masyarakat.
Walaubagaimanapun video yang turut tersebar dengan memperlihatkan seorang wanita meracau dipercayai dirasuk oleh seekor makhluk halus kononnya mencari tuan juga tidak benar.
Tapi nasi nak jadi bubur benda pun dah viral fitnah atau tidak jangan risau berita ni akan dilupakan dalam masa terdekat.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video