"Wah, Yang Perempuan Sama Naik!" - Video Anak Muda Sakan Berjoget Jadi Bualan Orang Ramai

TERKINI
August 23, 2023 - 02:41 PM


Viral satu video yang memaparkan anak-anak muda sedang ligat berhibur di satu festival yang masih belum dapat dipastikan lokasinya di mana. Di sebalik kemeriahan anak muda menari diiringi muzik rancak, ada satu isu menjadi bualan orang ramai.

Berdasarkan video, jelas itu adalah satu festival yang terbuka di mana para pengunjung boleh menikmati menari sambil mendengar muzik. Namun, pada penghujung video kelihatan para lelaki dan wanita yang sakan bergelek.

Ramai berpendapat, aksi tersebut adalah sangat tidak sopan dan tidak wajar menjadi norma masyarakat kini. Tarian yang dipertunjukkan adalah "Kaki Step" salah satu joget lambak yang menjadi ikutan anak muda di beberapa negeri.

Nak berhibur tu boleh, tapi ingat adab kena jaga lebih-lebih lagi di kawasan terbuka dan juga melibatkan lelaki dan juga wanita. Ibu bapa pula sila pantau pergerakan anak-anak anda, takut yang bukan-bukan dibuatnya. 

Destination: