Wait, What? Ais Krim Kinder Bueno Wujud? Nak!!
TERKINIYe! Anda tak salah baca. Walls secara rasminya dah keluarkan ais krim Kinder Bueno dan nampak memang sedap!
Walau masih belum ada berita rasmi berkenaan ais krim ini, tetapi dengar cerita dah ada dekat peti-peti ais krim luar negara. Pertama kali dijual oleh Langnese, sebuah syarikat German yang dipunyai oleh Unilever yang jugak merupakan pemilik Wall’s.
Menurut deskirpsi produk di laman web Langnese berbunyi “susu hazelnut halus memenuhi teras sos coklat Kinder, dipadankan dalam croissant rangup yang ditutup dengan lapisan halus krim hazelnut yang dibuat daripada hazelnut Ferrero”.
Kedengaran macam apa yang korang harapkan tak? Tiba-tiba jadi lapar ice cream lah pulak!
Dikatakan selepas seorang pelanggan memuat naik gambar ais krim ini di twitter, ia terus viral disana. Ada juga yang komen mengatakan bahawa ais krim berkenaan masih belum dijual namun ia akan mula dijual pada musim panas akan datang bersama satu lagi produk ais krim coklat Kinder.
Aduh, agak-agak masuk Malaysia tak?
Sumber : LadBible