Wajarkah Berpantang Selepas Bersalin? Jom Baca Penjelasan Lanjut Dari Dr Amalina

TERKINI
October 02, 2018 - 06:45 PM


Antara isu hangat yang diperkatakan oleh ibu-ibu di media sosial minggu ini adalah kes berpantang. Wajarkah berpantang di zaman sekarang? Atau ianya sudah tidak sesuai untuk diamalkan buat generasi zaman kita sekarang? 

Ok sebelum kami teruskan penjelasan oleh Dr Amalina ini, kami beri sedikit kata-kata oleh netizen yang masing-masing nampak teruja berkongsi pengalaman berpantang. 

Macam-macam kisahnya kan. Ada pulak tak boleh minum air. Yang kami tahu berpantang ni si suami yang kena berpatang bila isteri bersalin. maklumlah nak bagi si isteri tu baik dulu. 

Pada pendapat Dr Amlina Bakri pula senang sahaja, isu ini memang selalu menjadi persoalan terutama dalam kalangan ibu-ibu muda yang baru nak merasai sendiri pengalaman bersalin. 

Betullah apa yang dicakapkan itu, berpantang ni salah satu aktiviti turun-temurun dari zaman nenek moyang kita dahulu. Kehidupan kita sekarang memang secara total tak sama dengan kehidupan nenek moyang kita dahulu. Zaman kita sekarang, macam-macam jenis makanan muncul, makanan ringan sahaja dah berapa jenis masuk dalam perut kita. 

Bersenam jangan cakap lah, nak naik tangga pun malas inikan pula nak bersenam. Lihat sahaja berapa ramai yang obesiti sekarang. Tukat saluran TV pun guna alat kawalan jauh, zaman dulu nak tukat saluran TV pun kena tukat kat TV seklai tukar kenalah hempuk sekali TV tu baru dapat siaran. Fuh mengimbau kenangan betul ni. Diabetis pun makin lama makin ramai, sebab itulah makin ramai orang kita yang bersalin secara pembedahan. 

Jom kita baca pula penjelasan dari Dr Imelda yang merupakan salah seorang pakar dalam sakit puan.

Ok kesimpulannya apa yang korang rasa? Perlukan orang zaman sekarang berpantang? Atau ianya sudah tidak sesuai dengan keadaan kita zaman sekarang?