Wajib Ada Koc Khas Wanita Untuk Bas Ekspres Laluan KL – Seremban

TERKINI
June 14, 2019 - 11:38 AM


Tiga syarikat bas ekspres yang mengendalikan laluan Kuala Lumpur – Seremban diwajibkan untuk menyediakan 8 trip khas untuk penumpang wanita sahaja pada waktu puncak iaitu pagi dan petang.

Menurut Menteri Pengangkutan, Antony Loke, peraturan baharu ini dijalankan atas permintaan daripada penumpang wanita sendiri. Buat masa sekarang, difahamkan ada 3 syarikat yang mengendalikan perkhidmatan di laluan tersebut dan mereka diarahkan untuk menyediakan empat trip di antara pukul 5 pagi dan 7 pagi khas untuk wanita.

Tindakan ini akan membolehkan para wanita yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres ke tempat kerja setiap hari menggunakan perkhidmatan tersebut dengan selamat dan selesa.

Jumlah yang sama juga akan disediakan pada sebelah petang antara jam 5 dan 7 petang. Difahamkan, sekitar 2,000 orang menggunakan perkhidmatan bas ekspres di laluan KL – Seremban ini setiap hari.

Dalam masa yang sama, ketiga-tiga pengusaha bas ekspres berkenaan diminta untuk mengurangkan tambang sehala mereka dari RM7 kepada RM6.50.

p/s: Jangan lepas ni ada lelaki yang perasan perempuan gunakan koc khas ni macam komuter sudah. Besar tulis koc khas wanita, ada pulak yang bermisai berjambang masuk.