Wanita Dianiaya Rakan Akhirnya Dibebaskan Setelah 4 Bulan Ditahan Di Singapura

TERKINI
October 26, 2018 - 01:28 PM


Kuala viral netizen sekali lagi mendedahkan tentang kes seorang wanita Malaysia ditahan di Singapura yang didakwa tengah di khianati kawannya sendiri. Namun, kesalahan sebenar wanita ini adalah disebabkan menjual barangan tiruan di Singapura. Kita sedia maklum Negara seberang tambak itu amat telus dalam sebarang penjualan barangan tiruan tak kiralah copy ori ke separuh ori ke asalkan bukan tiruan menjadi kesalahan yang besar di sana.

Sebelum ditahn di Singapura, wanita yang bernama Nur Sabrina Ahmad dilaporkan berada di Malaysia, Namun mendapat panggilan dari seorang kawan di Singapura untuk datang ke sana mengambil barang-barang yang ditinggalkan, tanpa mengetahui tujuan sebenar untuk datang ke sana adalah supaya dia boleh di tahan akibat kesalahan. Situasi ini mungkin sepatutnya tidak berlaku kalau kawan itu tadi berterus terang kalau datang ke Sinagpura dia mungkin akan di tahan.

Lebih menyedihkan Nur Sabrina Ahmad sedang mengandung dikatakan tidak boleh pulang termasuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di negara ini.

Facebook Siti Nuraini Salim

Bagaimanapun, segala keperitan dan kesedihan itu berakhir apabila Khamis, perbicaraan kes Nur Sabrina di State Court Singapore, dia hanya perlu membayar saman dan tidak dipenjarakan.

Perkongsian perkembangan terkini telah dikongsi di Facebook Siti Nuraini Salim, memberitahu Nur Sabrina dibebaskan setelah membayar saman dikenakan oleh pihak berkuasa negara itu.

"Alhamdulillah, semuanya telah berakhir, syukur hanya perlu membayar saman dan tidak perlu dipenjara. Buat masa sekarang, Sabrina masih menunggu proses dokumentasi untuk pulang ke Malaysia.

"Nur Sabrina disabit dua kesalahan menjual barangan tiruan kasut berjenama antarabangsa di bawah trademark act," katanya.

Menurutnya, turut menasihatkan kepada orang ramai agar mengambil iktibar dari insiden tersebut.

"Kes ini memberi pengajaran buat kita, memang tidak berbaloi berurus niaga atau menjual barang tiruan. Carilah keberkatan dalam setiap apa yang kita usahakan.

"Terima kasih untuk semua rakyat Singapura mahupun Malaysia kerana prihatin menderma menampung perbelanjaan Nur Sabrina dari segi makanan, minuman, perubatan, kewangan dan sokongan moral. Semoga Sabrina selamat kembali ke tanah air dan bersalin dengan selamat," katanya.

Dalam pada itu, Siti Nuraini turut menzahirkan ribuan terima kasih kepada netizen atas usaha membantu Nur Sabrina kembali ke tanah air sekaligus berakhir amanahnya di sini. -SinarHarian

******

So guys lepas ni beringatlah ye, jangan jual barang tiruan. Lagi-lagi di Singapura!