Wanita Ditahan Terbabit Dengan Sindiket Penjualan Darjah Kebesaran Pahang!





Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak PDRM berkenaan sindiket penjualan darjah kebesaran yang tidak wujud dan didakwa berlaku di Pahang.

Titah ringkas baginda melalui aplikasi Whatsapp menerusi pegawai media baginda kepada Bernama berbunyi “ bagaimanapun, saya rasa memang ada sindiket ini”.

Baginda bertitah sedemikian apabila diminta mengulas tentang penahanan seorang wanita berusia 39 tahun yang dipercayai terlibat dengan sindiket yang menawarkan serta menjual gelaran darjah kebesaran yang tidak wujud pada Jumaat lalu.

Suspek dikatakan berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur ditahan di sebuah restoran di Chow Kit hasil daripada maklumat awam yang diterima.

Wanita terbabit dikatakan telah mengiklankan pembelian darjah kebesaran itu sejak tiga minggu lalu dan dijangka akan berjumpa dengan pembeli pada 23 Februari ini.


Gambar sindiket menjual gelaran yang tumpas di Johor November lepas... 

Menurut laporan Bernama, wanita terbabit bersubahat dengan seorang suspek lelaki berumur 40an bagi meyakinkan mangsa untuk membayar RM 180,000 hingga RM 400,000 untuk mendapatkan gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’.

 

Sumber : mStar  

;