
Wanita 'Jual' Suami Curang Di Carousell, 1 Sen Je Kalau Berminat!
VIRALAduh! Tiba-tiba terasa mahu menyanyi lagu Sakitnya Tuh Di Sini apabila membaca kisah suami isteri ini.
Kenapa?
Sudah pasti kerana kecurangan si suami pada isterinya hingga tular di Internet. Tapi, apa yang dilakukan wanita ini kepada suaminya memang win!
Berang dengan sikap suaminya yang kaki perempuan, wanita ini memuat naik gambarnya menerusi laman web edagang Carousell.
Ah, sudah! Marah sangat tu sampai 'jual' suami sendiri dalam talian.
Namun, apa yang menggelikan hati netizen adalah harga yang ditawarkannya
Eh, belum habis lagi! Teman wanita suaminya juga menjadi 'mangsa' amarahnya. Suami dijual, teman wanita pula disewakan! Hm, memang mendapatlah kan?
Barangan terpakai: Kekasih suami untuk DISEWA
Lebih sadis, wanita itu turut memuat naik paparan perbualan mereka selepas suaminya menyimpan perbualan sebelum ini sebagai 'bukti' dirinya tak bersalah.
"Dia nak tunjuk kepada semua orang bahawa saya ni bukan seorang isteri yang baik," tulisnya. Menerusi perbualan itu, difahamkan lelaki terbabit seorang yang culas mencari rezeki.
Lebih menyedihkan, dia pernah menipu dengan mengaku ibunya sudah meninggal dunia.
Suka, suka juga. Tapi, harus diingat bahawa tak elok bertindak sedemikian hingga menjatuhkan maruah seorang suami.
Tambahan pula, bahasa digunakan di hadapan khalayak sangat kasar dan tidak sopan. Semoga pasangan itu dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video