Wanita Meninggal Dunia Akibat Lari Dalam Guni

TERKINI
August 22, 2023 - 12:40 PM


Republik Indonesia baru sahaja menyambut hari kemerdekaan kali ke-78 pada 17 Ogos yang lalu. Viral di media sosial video yang memaparkan suasana meriah sambutan kemerdekaan mereka pada kali ini. Sambutan hari kemerdekaan itu turut disambut di sebuah perkampungan di Mangkabumi.

Siapa sangka, acara menyambut kemerdekaan menjadi detik terakhir buat seorang wanita yang bernama Rini berusia 29 tahun. Dia meninggal dunia ketika menyertai pertandingan lumba lari dalam guni.
 

@indojatipos_video Allfatihah..seorang Ibu rmah tangga di kerinci, Tamiai mengikuti lomba pacu karung terjatuh lalu..tutup usia. . Baca berita di indojatipos.com #hutri78 #indojatipos #indojatipos #kerinci #sungaipenuh #HUTRI78 #jambi ♬ suara asli - Indojatipos

Berdasarkan video yang dikongsi dalam media sosial, Rini terjatuh dan tidak sedarkan diri setelah selesai menyertai acara tersebut.

Video itu juga menunjukkan orang ramai bersorak kepada peserta pertandingan dengan Rini berada paling depan. Namun, ketika hampir tiba di garis penamat, wanita itu tiba-tiba terjatuh dan kepalanya terhentak pada tanah.

Orang ramai kemudiannya menghampiri mangsa dan cuba membantunya, namun Rini tidak sedarkan diri dan dia terus dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

Destination: