"Welcome" - Najib 'Sindir' Muhyiddin Kena Dakwa Di Mahkamah Sebab Rasuah!

TERKINI
March 10, 2023 - 12:44 PM


WELCOME (Selamat Datang) -- tulis pengendali Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

Biarpun tiada penjelasan lanjut mengenainya, namun ia dipercayai merujuk kepada siasatan Suruhanjaya Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini pemimpin Bersatu termasuk Muhyiddin sering mengaitkan Najib dan beberapa pemimpin Umno lain dengan gelaran ‘kluster mahkamah’.

Ia berikutan pendakwaan mahkamah dihadapi pemimpin terbabit khususnya berkaitan kes rasuah.

Terdahulu SPRM mengesahkan Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah pada Jumaat.

Pada pagi Jumaat, Muhyiddin didakwa sebagai seorang pegawai badan awam -- iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff serta tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Bagi dua lagi pertuduhan, Muhyiddin selaku Presiden parti itu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu pada 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin -- selain memerintahkan bekas perdana menteri itu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Azura turut menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes.

Destination: