Wow, First Time Tengok Wajah Sultanah Kelantan! Jelita! Tapi Ada Pula Netizen Pertikai Soal Keturunannya.

TERKINI
September 14, 2022 - 01:13 PM


Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah semalam (Selasa) membuat kemunculan pertama di Istana Negeri Kubang Kerian apabila berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan (PKDK).

Majlis menerima menghadap itu adalah yang pertama Nur Diana Petra membuat kemunculan awam selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Wajah Sultanah Kelantan itu turut mendapat perhatian netizen di media sosial kerana kecantikan yang terserlah di dalam perkongsian Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan.

Melalui perkongsiaan tersebut, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah kelihatan jelita menggenakan persalinan baju kurung moden bermotif batik warna peach berserta selendang.

Walaupun ramai yang memuji kecantikan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah di dalam gambar, namun ada juga sesetengah netizen yang mempersoalkan keturunan baginda.

Meninjau di ruangan komen, warganet merasakan banyak lagi wanita di negeri Kelantan yang boleh dikahwini oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan mereka lebih menyukai jika keturunan datang daripada darah Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah Rakyat Kelantan Dapat Sultanah Baharu Bernama Nur Diana Petra Abdullah

Destination: