Yahoo! Dijual Dan Akan Dinamakan Sebagai Altaba Inc

VIRAL
March 15, 2018 - 03:14 PM


Selamat tinggal Yahoo! Itu sahaja yang boleh diperkatakan kepada enjin carian yang kedua popular selepas Google ini.

Disebabkan siri godaman yang berlaku kepada enjin carian tersebut dan menjejaskan majoriti penggunanya, Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo1 iaitu Marissa Mayer bakal melepaskan jawatan daripada Lembaga pengarah.

Menurut Yahoo!, lebih 500 juta akaun pengguna dikatakan terlibat dalam godaman yang mencuri data-data penting pengguna seperti nama, emel, nombor telefon serta kata laluan.

Kesudahannya, Yahoo! Akan dijual kepada Verizon Communication Inc dan akan dikenali sebagai Altaba Inc yang juga merupakan syarikat yang memegang beberapa aset utama termasuk 15% di Alibaba Group Holding.

Jerry Yang dan David Fillo, dua pengasas Yahoo!

Dikhabarkan, Yahoo! Menjual semua perniagaan internet teras mereka termasuklah pengiklanan digital, emel dan juga aset media kepada Verizon dengan harga RM21.6 billion.

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video