
Yuna Bakal Adakan Jelajah Ke Benua Eropah Pada November 2018
VIRALPada 2014, gadis yang sedang menempa nama di Amerika Syarikat ini telah berjaya mengadakan konsert dengan cemerlang melalui ‘U.S Nocturnal Tour’. Yunalis Zarai, nampaknya bakal mengembangkan lagi bakatnya, kali ni melalui siri jelajah Eropah.
Melalui perkongsian di akaun Twitternya, @yunamusic, siri jelajahnya akan bermula di London sebelum ke Paris, Lausenne, Basel, Berlin, Frankfurt dan terakhir di Amsterdam.
Walaubagaimanapun, belum ada pengumuman tarikh yang dikeluarkan mengenai penjualan tiket untuk jelajahnya yang lain namun, bermula hari ini, tiket untuk jelajah di London telah mula dijual bermula pada harga 16 Pound ataupun RM 87.
Yuna dikatakan teruja dengan perancangan siri jelajahnya ini dan sudah tentu di Malaysia, peminat Yuna akan terus berikan sokongan terhadap kareer seni beliau.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video