
Zizan Razak Cedera Ketika Jayakan Babak Aksi
VIRAL“Jangan ada cetak rompak atau curi-curi rakam”. Itu antara nasihat Zizan Razak menerusi entri di laman Instagram miliknya @zizanrazak869.
Zizan memuat naik gambarnya yang sedang menerima rawatan susulan mengalami kecederaan ketika melakukan satu babak aksi untuk filem terbarunya iaitu Polis Evo 2.
Bukan senang nak hasilkan sebuah filem. Begitulah khabar yang ingin dibawakan oleh Zizan. Kalau sebelum ini, ada suara sumbang yang mengatakan pelakon di negara kita tak menghayati watak sepenuh hati, hari ini dah ramai pelakon Malaysia buktikan.
Contoh lain semestinya partner Zizan dalam filem Polis Evo iaitu Shaheizy Sam, lihat sahaja transformasi badan Sam yang sado semacam hanya untuk menjayakan watak Inspektor Khai.
Jadi tak sabar pulak nak tunggu Polis Evo 2. Agaknya kali ni berapalah kutipan diorang dapat ye…?
Sumber : Astro Awani
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video