Zoo Di China Dikecam Netizen Gara-Gara Beri Anak Anjing Hidup Sebagai Makanan!

TERKINI
February 07, 2018 - 10:17 AM


Sebuah Zoo di Pingdingshan di Henan China hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak lagi memberikan anak anjing hidup sebagai makanan ular sawa mereka.

Ini terjadi selepas tularnya video seekor anak anjing diletakkan dalam kawasan pameran reptilia berkenaan. Rata-rata netizen mengutuk tindakan zoo berkenaan yang dikatakan tidak berperikemanusiaan.

Walaubagaimanapun, pihak zoo berkenaan cuba mempertahankan diri mereka dengan mengeluarkan kenyataan bahawa pemberian makanan tersebut dilakukan oleh pemilik peribadi kawasan reptilia terbabit yang tidak mempunyai kaitan dengan zoo berkenaan.

Rakaman menunjukkan anak anjing di dalam kandang ular,diletakkan bersebelahan dulang yang mengandungi Ular Sawa Burma.

 

Sumber : The Sun Daily