‘Bandar Kuil’ Bagan, Myanmar Peroleh Status Warisan Dunia UNESCO

TERKINI
July 15, 2019 - 12:51 PM


Selepas 25 tahun cadangan memberikan status warisan dunia kepada kompleks kuil di Bagan, Myanmar, Bagan dianugerahkan status ‘World Heritage’ secara rasmi pada 6 Julai lalu.

Keputusan menamakan Bagan sebagai Tapak Warisan Dunia setelah meneliti kawasan yang mempunyai lebih kurang 3,500 stupa, kuil, biara dan pelbagai lagi struktur yang dibina sejak kurun ke 11 dan 13 tersebut.

Cadangan menamakan Bagan ini diluluskan dalam satu mesyuarat dan setelah meneliti pelbagai usaha yang dilakukan oleh Myanmar bagi menjaga perkembangan dan pertumbuhan di kawasan sekitar kuil berkenaan.

Bagan merupakan salah sebuah lokasi yang teramat penting dalam garis masa sejarah Myanmar selain menjadi tempat beribadat kaum Buddha disana.

Pada 1995, Bagan telah dicalonkan untuk mendapat status tapak warisan dunia namun kerajaan tentera yang berkuasa tahun tersebut dituduh ‘mengabaikan’ nasihat pakar supaya memperbaikpulih kawasan berkenaan. Disebabkan itu, cadangan tersebut telah ditolak.

Pada 2016, Myanmar dilanda gempa yang menyaksikan sebahagian daripada beberapa binaan terkesan. Hampir 200 buah kuil telah rosak akibat gempa yang berukuran 6.8 magnitude berkenaan.

Nampaknya, dengan penganugerahan status ini, Myanmar akan meneruskan usaha dalam pengurusan serta permuliharaan kawasan berkenaan untuk menarik lebih banyak pelancong akan datang.

Myanmar kini mempunyai 2 kawasan yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia.

Nota Editor : Malaysia pun ada Tapak Warisan Dunia UNESCO tau, ada 4 kesemuanya. Pulau Pinang & Melaka, Lengong, Gunung Mulu dan Gunung Kinabalu.