Ini 4 Barang Wajib Korang Bawa Masa Cuti-Cuti Malaysia

September 11, 2020 - 05:00 PM


Sekarang ni bila nak pergi melancong kita kena fikirkan tentang kebersihan dan kemudahan diri kita. Kalau boleh tak nak bawa barang yang berat-berat, nanti lagi banyak menggunakan ruang dan secara tak langsung akan menambah bilangan beg serta beban yang terpaksa dipikul. Kalau korang naik kapal terbang, dah kena bayar caj tambahan, satu hal pula nak keluar duit extra!

Jadi apa yang boleh korang buat adalah buat persiapan travel dengan bijak dengan menggunakan beberapa jenis barangan yang bersaiz kecil, pelbagai guna dan mudah untuk disimpan serta diheret ke mana sahaja.

Berikut antara 4 jenis barangan yang wajib korang beli sebelum mula packing bag untuk travel Cuti-Cuti Malaysia. Jangan risau, semuanya murah je dan mudah didapati di mana-mana.

1) Vacuum Bag

Kita ni bila pergi melancong rasa nak bawa je semua baju yang ada, betul tak? Bukan tak boleh, tapi nanti takut tak muat beg. Jadi dengan menggunakan vacuum bag ni, korang boleh simpan baju tebal-tebal contohnya sweater dan jaket. Selimut pun boleh tau. Lepas masuk dalam beg tu, sedut je udara dia, memang akan jadi flat habis. Boleh simpan dan bawa seberapa banyak baju yang korang nak bawa. Ringan pun ringan!

2) Travel Bottle Kit Set

Botol yang dimaksudkan ni bukan untuk minum air ye. Tapi untuk letakkan segala produk yang korang nak dalam ni. Contohnya barangan mekap, syampu, krim pelembap, sunscreen dan macam-macam lagi la. Ini kerana kebanyakan hotel menggunakan produk mereka sendiri, jadi tak tahu bahan apa yang ada dalam tu. Nak lebih selamat, lebih baik pakai produk yang kita guna je. Jadi tak ada masalah lagi bila boleh isi dalam botol-botol ni.

3) Travel Pouch Bag

Bila dah ada botol-botol tu, mana korang nak letak semua ni? Boleh guna pouch bag, ianya mudah dan boleh hand carry ketika naik kapal terbang. Boleh juga gunakan beg ni untuk letak barangan elektronik kecil seperti charger dan kabel untuk phone korang. Mudah dan senang untuk dibawa ke mana-mana.

4) Portable Hanger

Bagi korang yang selalu travel dengan pasangan atau family tu mesti faham kenapa hanger ni penting kan? Kadang bini bolot habis semua hanger yang ada dekat hotel tu, si suami tengok jela. Bukan tu je, kebersihan hanger juga kita perlu ambil kira. Kita tak tahu sama ada pihak hotel sanitize hanger yang ada atau tidak. Lebih selamat bawa hanger kita sendiri dan hanger portable ni kecil je pun, boleh selit-selit dalam beg korang.

Jadi Mana Nak Beli Barang-Barang Di Atas Dengan Harga Murah?

Korang jangan risau, kesemua barangan yang disenaraikan di atas tadi boleh didapati di MR.DIY! Malah harganya juga sangat murah dan lebih berbaloi daripada kedai lain di seluruh Malaysia.

Dah lah MR.DIY mudah ditemui di seluruh pelusuk negara. Mana taknya terdapat lebih 600 kedai MR.DIY satu Malaysia tau!

Nak cari segala jenis produk dari kelengkapan rumah sampailah barangan keperluan harian, semuanya ada di MR.DIY.

Tapi korang nak tahu satu benda yang lagi menarik tak?

Kalau korang nak cari barang yang lagi kaw-kaw murah harga dia, korang boleh pergi ke MR.DOLLAR!

Kat sana korang boleh beli macam-macam produk hanya dengan harga tak masuk akal iaitu hanya RM2 dan RM5 sahaja tau! Giler, kan.....memang jimat habis wei!

Namun bagi golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang sukakan alat permainan, korang boleh pula ke MR.TOY untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan mainan yang murah tapi berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan.

MR.DIY Group Nationwide Grand Opening -- Ada 33 Kedai Baharu Dibuka!

Rileklah...pada bulan September ini kalau korang nak tahu ketiga-tiga MR.DIY, MR.DOLLAR dan MR.TOY akan membuka cawangan terbaru mereka di seluruh Malaysia. Sebanyak 33 buah kedai baru akan dibuka dan yang paling best, ada event MR.DIY Group Nationwide Grand Opening tau!

MR.DIY Group Nationwide Grand Opening akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada:

  • 19 & 20 September 2020

Lebih daripada 39,000 hadiah percuma yang bernilai lebih dari RM 900,000 akan diberikan kepada pelanggan bertuah yang datang memeriahkan acara besar-besaran tersebut.

Macam Mana Nak Dapatkan Hadiah Percuma Di MR.DIY, MR.DOLLAR, & MR.TOY?

Untuk dapatkan free gift yang awesome ni korang cuma perlu ke salah satu kedai tersebut dan belanja minimum RM30. Lepas tu korang boleh tebus hadiah percuma tu! Senang, je kan? Apa yang korang akan dapat bergantung pada kedai yang korang pergi:


Jangan Risau Tentang SOP Dan Keselamatan Korang

Bila ada MR.DIY Group Nationwide Grand Opening, mesti ramai yang akan datang. Tapi tak perlu risau kerana pihak MR.DIY, MR.DOLLAR & MR.TOY sentiasa bersiap siaga dalam mengambil langkah awal bagi memastikan pelanggan yang hadir mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan Kerajaan.

  • Suhu badan akan diperiksa ke atas staf dan pelanggan sebelum mereka dibenarkan masuk
  • Wajib pakai penutup muka sepanjang berada di dalam kedai
  • Jumlah pelanggan masuk akan dihadkan bagi setiap kedai bagi memastikan penjarakan sosial
  • Semua produk dan kawasan kedai akan disanitasi dalam jadual berskala bagi memastikan kebersihan dan keselamatan pelanggan

Di Mana Lokasi Sebenar 33 Kedai Baharu MR.DIY, MR.DOLLAR & MR.TOY?

Korang mesti excited nak tahu kat mana lokasi 33 kedai-kedai untuk Grand Opening ni kan? Jom tengok senarai lokasi di bawah, mana tahu dekat dengan rumah!

MR.DIY

Lokasi

Daerah

Negeri

Layang-Layang, Johor

Layang-Layang

Johor

Taman Gaya, Ulu Tiram

Ulu Tiram

Johor

Pusat Perniagaan Jelatang, Alor Gajah

Alor Gajah

Melaka

Medan Lavendar, Kuala Kangsar

Kuala Kangsar

Perak

Pusat Perniagaan Lenggong 8

Lenggong

Perak

Pusat Perdagangan Klebang, Chemor

Chemor

Perak

PH Sentral, Pengkalan Hulu Perak

Pengkalan Hulu

Perak

Taman Machang Bubok, Bukit Mertajam

Bukit Mertajam

Pulau Pinang

Bataras Putatan Railway Station

Kota Kinabalu

Sabah

Bukit Garam Point Phase 2, Kinabatangan

Kinabatangan

Sabah

Bataras Central Shopping Plaza, Kepayan Ridge

Kota Kinabalu

Sabah

Sentosa Parade Kuching

Kuching

Sarawak

Siburan Square, Kuching

Kuching

Sarawak

Centro Mall, Klang

Klang

Selangor

AEONBIG Ampang

Ampang

Selangor

Tamarind Square, Cyberjaya

Cyberjaya

Selangor

Bandar Puchong Utama

Puchong

Selangor

Metro Mart Kajang

Shah Alam

Selangor

Southville City, Savanna Lifestyle Retails

Dengkil

Selangor

Jalan Pelapik U8/B, Bukit Jelutong Shah Alam

Shah Alam

Selangor

MR.DOLLAR

Lokasi

Daerah

Negeri

Jalan Kepong, 6/12 Mile

Kepong

KL

KIP Mall Bangi

Bangi

Selangor

MR.TOY

Lokasi

Daerah

Negeri

The Spring Bintulu

Bintulu

Sarawak

Ampang Point Shopping Centre

Ampang

Selangor

Metro Point Complex, Kajang

Kajang

Selangor

Bangi Gateway Shopping Complex

Bandar Baru Bangi

Selangor

AEON MALL Rawang Anggun

Rawang

Selangor

Vivacity Megamall Kuching

Kuching

Sarawak

AEON Mall Ipoh Klebang

Ipoh

Perak

AEON Ipoh Station 18

Ipoh

Perak

KIP Mall Bangi

Bangi

Selangor

Jusco Taman Equine

Seri Kembangan

Selangor

AEON BiG Wangsa Maju

Wangsa Maju

KL

Untuk info lanjut dan perkembangan terkini, layari laman web atau media sosial Facebook dan Instagram MR.DIY!

Jadi, jangan lupa 'save the date' dan jaga SOP walau di mana jua korang berada! Ingat, kita belum menang lagi!

 

 

 

Destination: