5 Sebab Kenapa Otaku Kena Datang Pameran Fullmetal Alchemist Yang Pertama Di Malaysia!

TERKINI
January 23, 2024 - 11:18 PM


Antara anime atau manga terawal yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia sudah tentunya Fullmetal Alchemist! Fullmetal Alchemist adalah karya teragung Hiromu Arakawa dan juga antara manga terlaris dengan hasil jualan 80 juta seluruh dunia!

Fullmetal Alchemist mengisahkan pengembaraan epik dua beradik iaitu Edward Elric dan adiknya Alphonse Elric dalam usaha untuk memulihkan semula badan mereka akibat dari ritual alkimia yang salah. Semuanya bermula dengan niat mereka untuk menghidupkan semula ibu mereka.

Jadi, buat julung kalinya pameran Fullmetal Alchemist diadakan luar Jepun dan Malaysia berjaya menjadi tuan rumah! Pameran Dunia Manga Fullmetal Alchemist ini bertempat di Pavilion Bukit Jalil bermula dari 24/1/2024 -  24/3/2024!

Nak tahu 5 Sebab Kenapa Otaku Kena Datang Pameran Fullmetal Alchemist Yang Pertama Di Malaysia?

1. Pameran Dunia Manga Fullmetal Alchemist

Pameran ini menampilkan lebih daripada 300 barangan yang mengandungi manuskrip manga (salinan) dan ilustrasi berwarna (salinan) yang menggambarkan setiap adegan dengan teliti. Para otaku akan berpeluang untuk melihat sendiri secara dekat karya Arakawa. 

2. Ada kostum sebenar untuk Filem Fullmetal Alchemist & Karya Eksklusif Hiromu Arakawa

Pameran ini juga memaparkan koleksi yang jarang ditemui seperti kostum sebenar yang digunakan dalam filem Fullmetal Alchemist 2022. Tidak cukup dengan itu, pemeran ini turut menampilkan karya seni yang unik dan eksklusif dari Hiromu Arakawa. Susah nak jumpa tau, kalau betul peminat manga, memang puas hati!

3. Aktiviti Interaktif

Ada beberapa aktivit interaktif menanti ada! Antaranya bersedia untuk pengembaraan mengumpul setem! Pameran ini ada 7 zon, jadi jangan lepaskan peluang untuk mengumpul setem yang ada pada setiap zon untuk bawa pulang satu hadiah yang cukup istimewa! Selain itu, ada juga beberapa zon pameran yang boleh merangsang deria anda! Memang fun!

4. Ada banyak sudut untuk bergambar

Bukan selalu ada pameran Fullmetal Alchemist selain di Jepun, jadi jangan lepaskan peluang untuk bergambar dan bawa pulang memori anda bersama dengan kawan-kawan mahupun insan tersayang! 

5. Peluang untuk dapatkan pelbagai merchandise rasmi

Setelah anda selesai menjelajah setiap zon, jangan lupa untuk dapatkan pelbagai barangan mahupun cenderahati yang asli di sini!

Pameran ini sememangnya menawarkan peluang unik khusus buat peminat anime dan manga Fullmetal Alchemist untuk mendalami dunia alkimia yang penuh dengan pengembaraan dan juga falsafah kehidupan. Jadi dapatkan tiket segera! Tiket berharga RM50 untuk Dewasa & RM25 untuk kanak-kanak/warga emas

Tiket boleh didapati sekarang untuk melalui Ticket2U:
https://www.ticket2u.com.my/event/32620/fullmetal-alchemist-exhibition-malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.facebook.com/fma.exhibition
https://www.instagram.com/fma.exhibition

 

Destination: