10 Barang Yang Wanita Takkan Lupa Bawa Masa Bercuti!





Kalau cakap pasal travel, mesti ramai gadis atau wanita kat luar sana excited nak explore tempat cantik-cantik dan dah terbayang nak pose ‘OOTD’ (Outfit Of The Day) untuk posting kat Instagram, kan?

Tapi bila bab nak packing barang travel, masing-masing mesti terduduk dan pening kepala. Boleh ke semua barang keperluan wanita kita sumbat dalam beg travel kita?

Jawapannya boleh. Kat sini la kita kena ‘work smart’. So, nak tahu barangan wajib apa yang perlu untuk dibawa seorang wanita ketika travel. Jom kita tengok!

1. PASPORT

Mungkin ramai anggap benda ini remeh tapi jangan terkejut kalau ada juga wanita yang terlepas pandang barang wajib ni. Tak ada ini jangan mimpi la nak jejak negara orang ya cik adik, cik akak oiii. Adalah lebih baik sekiranya turut selitkan sebatang pen di pasport korang untuk mengisi borang semasa di atas kapal terbang dan lapangan terbang.

2. POWERBANK

Tengah syok jalan sakan, mungkin korang takkan jangka bila masanya bateri telefon pintar korang yang canggih tu akan habis. Tambah-tambah bila korang kerap ambil gambar dan menggunakan beberapa aplikasi yang sekaligus bakal membuatkan bateri telefon korang cepat habis. Bawalah powerbank dengan saiz 10,000 mAh, lama sikit boleh cas.

3. TRAVEL ADAPTER

Kalau korang travel ke luar negara, pastikan beli siap-siap travel adapter. Kegagalan untuk membawa travel adapter ini sekaligus membuatkan korang tak boleh mengecas telefon disebabkan perbezaan port di negara asing.

4. BARANG PERIBADI WANITA

Barangan ini memang wajib bawa kalau korang sedang atau bakal datang bulan masa travel nanti. Jadi sediakan satu beg kecil untuk sumbat segala keperluan ini seperti pantyliner, pad, tisu basah, minyak panas, pil tahan sakit. Percayalah kalau semua senarai ni lengkap, korang pun akan lebih seronok dan selesa berjalan-jalan.

5. PAKAIAN / SHAWL TAK CEPAT RENYUK

Bagi yang malas nak bawa ‘portable iron’, korang boleh bawa pakaian atau shawl yang tak mudah renyuk supaya korang tetap boleh berposing OOTD dengan menawan sambil berlatarbelakangkan pemandangan indah. Bagi yang berhijab pula, pastikan bawa lebih pin tudung atau peniti, mana la tahu kot tercicir dah satu masalah.

6. ALAT MEKAP

Wanita dan mekap mana boleh dipisahkan, betul tak? Jadi asingkan 1 lagi beg kecil untuk isi segala barangan mekap korang seperti bedak asas, lipstik, eyeliner, pencuci muka dan sunscreen.

Kalau nak simple mekap yang cantik masa travel pastu tahan lama, saya lebih suka pakai bedak asas dan lipstik dari jenama L’oreal. Memang cun abis! L’oreal pun ada sunscreen yang lengkap dengan SPF50 kalau korang tak nak kulit gelap bila berjemur tepi pantai.

7. AKSESORI

Kalau nak lebih bergaya, aksesori korang jangan tinggal pula. Bawa yang asas saja macam cermin mata hitam, rantai dan gelang. Ini satu lagi barang yang selalu wanita terlepas pandang, bawa ikat rambut / getah rambut supaya kalau panas atau nak berenang, rambut korang yang panjang tu mudah nak diurus dan dikemaskan.

8. TELEKUNG POKET & MINI SEJADAH­

Bagi wanita muslim, bawa telekung dari jenis kain yang ringan dan mudah dilipat kecil. Selit sekali dengan mini sejadah. Barulah khusyuk solat kita.

9. PAKAIAN DALAM

Sebagai wanita, kita mesti bawa pakaian dalam seperti bra yang paling selesa untuk dipakai. Pastikan juga bawa lebih untuk sebarang keadaan cuaca yang tak menentu di negara orang. Kalau seluar dalam boleh je nak beli yang pakai buang.

10. SANDAL

Selain berkasut sukan atau sneaker, sepasang sandal yang selesa dan tak menyakitkan kaki juga perlu dibawa bersama. Mana tau tiba-tiba korang nak jalan-jalan kat tepi pantai ke, jadi tak lah basah kasut korang nanti.

 

 

;