Adakah berbaloi mendapatkan GoPro Hero 6?

GAYA HIDUP
October 02, 2017 - 10:53 AM


Baru-baru ni, GoPro telah memperkenalkan model terbaru mereka bagi siri Hero iaitu GoPro Hero 6. Melalui pelancaran model terbaru ini, salah satu perkara yang menjadi perbincangan utama adalah processor GP1 terbaru daripada GoPro. Processor terbaru ini dikatakan bakal mengubah cara pengguna menggunakan produk mereka sekaligus membawa perubahan terbesar pada model terbaru GoPro.

 

Dari segi reka bentuk GoPro masih lagi mengekalkan rekabentuk sebagaimana GoPro Hero 5. Jadi dari segi itu menunjukkan tiada improvement. 

 

Sebenarnya Hero 6 ini tak banyak mana pun dia tukar. Hanya beberapa perkara je. Antaranya ada 3 improvement yang di tampilkan untuk siri terbaru ini. 

 

 

1. Kualiti video

 

Kualiti pengeluaran video daripada produk keluaran GoPro sememangnya diakui terbaik untuk sebuah action camera. Melalui pelancaran model terbaru pada tahun ini, GoPro telah meningkatkan kualiti video model mereka membolehkan pengguna merakam video Full HD pada kadar 240 frame per second serta definisi 4K pada kadar 60 frame per second.

 

Peningkatan frame per second ini membolehkan pengguna mendapatkan video yang sangat smooth dan detail disetiap video yang dirakam.

 

 

2. Image Stabilisation

 

Sepanjang penggunaan kami menggunakan GoPro Hero 5, model ini jelas menawarkan kualiti video dan gambar yang baik pada pendapat kami. Masalah-masalah kecil seperti video yang dirakam dilihat sedikit bergegar antara yang dihadapi. Walaubagaimanapun, untuk tujuan mengambil gambar GoPro Hero 5 berjaya melakukan kerja dengan baik.

 

Terima kasih kepada processor GP1, GoPro Hero 6 dikatakan bakal meminimumkan masalah melibatkan gegaran sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan video yang tanpa gegaran seakan memakai gimbal. Tonton video dibawah untuk mengetahui perbezaan kualiti rakaman diantara kedua-dua model ini.

 

3. Lebih pantas

 

Processor yang tersedia pada Hero 6 turut membolehkan pengguna mengakses GoPro mereka dengan lebih pantas. Hal ini turut membantu pengguna memindah gambar melalui WiFi ke smartphone atau komputer dengan lebih pantas dan cekap. Sangat sesuai buat pengguna yang merakam video berdefinisi tinggi yang sudah pastinya hadir dengan saiz video yang besar.

 

 

Adakah berbaloi mendapatkan GoPro Hero 6?

 

Jadi based on 3 perubahan yang di buat untuk Hero 6 adakah anda rasa berbaloi untuk membeli Heri 6? Bagi mereka yang sudah pun mempunyai Hero 5 aku tak rasa ianya sesuatu yang berbaloi untuk mendapatkan Hero 6. Tapi entahlah terpulang kat korang

 

Sekiranya anda seorang yang mementingkan kualiti video pada definisi tinggi, jelas GoPro Hero 6 merupakan pilihan yang terbaik. Kebolehan untuk merakam definisi 4K pada kadar 60 frame per second berbanding model sebelumnya yang cuma boleh merakam pada kadar 30 frame per second jelas membuatkan GoPro Hero 6 future proof untuk kegunaan 3 tahun akan datang.

 

Walaubagaimanapun, sekiranya anda lebih menggunakan GoPro untuk tujuan bergambar serta tidak mahu berbelanja besar, GoPro Hero 5 merupakan pilihan yang berbaloi. Dari segi video, penawaran video Full HD pada kadar 120 frame per secondsebenarnya sudah cukup baik memandangkan anda berpeluang untuk memuatnaik di YouTube padar kadar 60 frame per second sahaja.

 

GoPro Hero 6 mula ditawarkan buat pasaran Malaysia pada harga RM2,388 manakala anda boleh dapatkan Go Pro Hero 5 pada harga RM1,599. Perbezaan mencencah RM800 diantara kedua dua model ini juga mungkin antara yang perlu pertimbangkan sebelum mendapatkan model terbaru.