"Apa Salah Saya Dekat Korang?" - Shuib Hairan Dirinya Sering Dihentam Orang Ramai
TERKINIBeberapa minggu kebelakangan ini kecoh apabila Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah yang baharu saja berumah tangga sering menjadi topik perbualan orang ramai dan ada yang memerli serta menghentam dirinya.
Shuib semalam memanggil beberapa individu yang dikatakan telah memfitnahnya sebagai ahli Freemason dan mengaitkan hal berikut dengan kematian arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.
Salah seorang daripada individu berkenaan datang bertemu dan Shuib dengan hati yang terbuka telah memafkan individu tersebut yang dikenali sebagai Zulhairi. Walau bagaimanapun, Shuib menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lagi individu yang memfitnahnya.
"Saya sudah minta peguam saya untuk hantar satu surat kepadanya (pemilik akaun John Dihani) dan rasanya dia dah terima surat itu. Bila asyik kena hentam, kena perli saya tertanya-tanya apa salah saya pada korang semua. Apa salah saya?" soal beliau.
Shuib meminta maaf jika tindakannya itu telah mengguris hati sesetengah pihak sehingga dia dihentam dan diperli serta menzahirkan ucapan penghargaan kepada para peminatnya yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata-kata semangat buatnya.
"Saya juga dituduh sebagai ahli Freemason, itu memang sesuatu yang bodoh, bangang dan boleh lagi untuk saya buat tak layan. Tetapi apabila saya terbaca pula pasal mereka kaitkan dengan arwah, itu melampau" tambahnya.
Susulan itu juga, Shuib meminta sesiapa sahaja yang ternampak posting atau hantaran berbaur fitnah yang melibatkan dirinya dan Allahyarhamah Siti Sarah untuk segera menghubunginya.
Terdahulu Shuib dikaitkan terlibat dengan aktiviti Freemason apabila membuat posting gambar bersama isteri terbaharunya, Watie bersama barangan kemas sambil membuat gaya menutup sebelah mata.
Seorang pengguna di Facebook telah menuduh beliau seolah-olah 'membunuh' isterinya sendiri.
Sumber berita : Oh! Media