"Kenapa Libatkan Arwah?" - Shuib Berang Difitnah Jadi Sebahagian Ahli Freemason

TERKINI
July 03, 2023 - 04:14 PM


Biarpun sedang meniti hari bahagianya, pelawak Shuib sekali lagi diganggu oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Baru-baru ini, ada seporang pengguna Facebook yang mengaitkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dengan dakyah sebuah organisasi tertutup dipercayai Freemason.

Shuib tidak akan akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkna fitnah yang tidak masuk akal itu.Katanya, fitnah dilemparkan disifatkan keterlaluan apabila turut mengaitkan banyak pihak termasuk hospital serta doktor yang merawat isterinya itu.

“Saya rasa tuduhan dan fitnah ini sangat melampau serta ekstrem kerana melibatkan arwah isteri saya, pihak hospital (HUKM) dan khasnya doktor yang terlibat.

“Rasanya tak perlu saya beri komen yang panjang. Tunggu saja kenyataan dari pihak peguam saya,” katanya menerusi kenyataan kepada Kosmo! Online.

Shuib atau Shahmira Muhammad, 38, berkata demikian mengulas hantaran seorang pelayar laman sosial yang mendakwa kematian Allahyarham isterinya berkaitan dengan agenda vaksin Covid-19.

Dalam perkongsian tersebut, individu terbabit membuat tuduhan Siti Sarah dipaksa ditidurkan sebagai bukti keberkesanan vaksin, namun akhirnya meninggal dunia.

Tulis individu itu lagi, Freemason menggunakan artis untuk mempromosikan kebaikan vaksin, selain menyatakan Shuib tidak boleh mengingkari arahan walaupun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.

Destination: